26 Oct 2012- Aidiladha 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua kawan2...
tahun nie aku tak balik kampung...
takkan lah aku nak stay KL jew an..
so akak housemate aku ajak balik kampung dia..
kampung dia kt Kuala Pilah...

kak wanie...^_^

Ibu nan ayah...


nie family kak wanie.. ^_^

korang perasan sesuatu tak?? hehehe .. :p


masuk geng jgak aku nie..hehehe...

aku dan ibu...ibu baik sgt2 dengan aku..



aku dan kak wanie... ^_^ hehee


pink kan aku...^_^ hehehee.. jauh dari tema kelabu..

nie ibu yang masakkan.. aku tolong yg mane patut jew.. nk masak tak reti... rendang negeri sembilan plak tue.. hehehee..

nasi impit di makan dengan rendang...



25 Oct 2012 - To Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Malam tadi aku tak  terfikir pun yang aku akan pergi Kuala Pilah..
so aku kompemkn pagi td...
aku kemas2 barang2 aku dalam beg.. dan aku suwuh kak wanie letak kan kat dalam kereta dia trus..
sebab hari nie aku amik half day kje..
^_^

nie kak wanie..^_^ yg aku dh angggap seperti kakak ku sendiri.. hehee.. almaklum lah aku nie tidak mempunyai kakak..^_^



=P

bertolak pada pukul 1.30 smpai lah kt umah pd pukul 3.30 ptg..^_^ 
mengambil masa 2jam sahaja..^_^


25 Oct 2012 - Malam Sambutan Hari Lahir Ibu

Ibu..
bukan ibu kandung aku... 
tetapi seorang ibu yang susah ku anggap seperti ibu ku sendiri..

kak wanie cakap hari lahir ibu dh lepas lama dah.. tetapi baru sambut sebab tidak berpeluang untuk bersama-sama dengan semua ahli keluarga..

nie kek nya... aising dia bukan main tebal lagi.. aku yang kaki kek nie pun xlarat nak makan aising nya yang banyak... >_<

nie ibu kak wanie dan juga ibu yang sudah aku anggap seperti ibu aku sendiri...^_^ sayang ibu..


ayah suap kan kat ibu..^_^


sekadar gambar hiasan.. hehehee.. =P



24 Oct 2012 - Link Movie

hari nie aku hepy sgt2..
kawan aku yang bernama Jumaat..
dia bagi aku link tgk movie yg terbaru... tetapi movie citer melayu lah.. hehehee..

ce tekan...^_^

so enjoy!!


23 Oct 2012- Nuffnang


Hari ini aku ingin bercerita tentang Nuffnang..
sebenarnya aku kurang memahami mengenai nuffnang ni..


Aku sebenar nya xtahu sangat mengenai nuffnang nie..sebagai new blogger..(baru kew.. =P )
aku dh lame buat blog sakura nie.. tapi hanya untuk tatapan aku buat masa hadapan aku nanti...
so aku amik ringan jew mengenai perkara sebegini.. sb orang ckp Nuffnang nie boleh buat duit..
so aku pun terpikir lah... apa salah nya klau aku menyelam sambil minum air..
Ramai blogger femes yg ade nuffnang.. seperti Beautiful Nara, Hizami Rahim, Cik Epal n ramai ag..
blog diowg lah yang salu aku usha..^_^ hehehe...

Ok, berbalik pada Nuffnang td..^_^

Yang penting bila korg daftar Nuffnang, korang kena dapatkan STATUS GLITTERATI dan cuba dapatkan sebanyak mana mungkin bilangan visitor di blog korang untuk mendapat kan BUFFERED EARNINGS
(BE) .

Apa itu BE?? - Nice question ladies and gentleman,  hehehee..^_^

Excelly aku pun tak berapa nak faham mengenai BE ini, hahahaa.. Ni antara apa yang aku fahammengenai BE :

BE adalah satu jenis iklan di mana bloggers dibayar mengikut unique impression yang dibeli oleh advertiser. Apabila BE sudah tamat tempoh, ia akan menjadi metered earning dan nilainya akan di masuk kan ke dalam pendapatan semasa (current earnings). BE ni adalah jenis iklan yang tidak bergantung kepada click on ads untuk menaik kan earning nya, tetapi bergantung pada jumlah unique visitor anda.

Ada banyak tips buffered earning Nuffnang, tetapi tak semua tips2 tersebut menjadi, kemungkinan kepada sesetengah blogger menggunakan kaedah itu berjaya dan ada yang tidak, antaranya ada yang mengatakan:

Pendapat pertama : Traffic Tinggi - untuk mendapatkan BE dari Nuffnang, anda memerlukan trafik tinggi dan ramai pelawat ke blog anda untuk mendapat kan BE dan Metered Earing. Trafik ini mestilah drpd Malaysia kerana anda mendaftar di Nuffnang Malaysia, jadi iklan yang keluar di add nanti adalah iklan dari syarikat di Malaysia yg memerlukan pelawar juga dri Malaysia.

Pendapat Kedua : Traffic Rendah - Ada juga berpendapat, BE ini hanya untuk blog yg trafiknya sekirat bawah 300 visitor shj sehari, Jika pelawat atas 300 sehari memang susah dan tak akan dapat BE.

Pendapat Ketiga : Susunan Iklan (Ad Placement) - Letakkan unit iklan di tempat yang sepatutnya, iaitu di tempat yang mudah dan senang di lihat oleh pelawat. Ada 3 jenis unit iklan bg Nuffnang, Contohnya: iklan Leaderboard sepatutnnya di letak kan di bahagian HEADER bukan di footer,iklan skycraper sepatutnya di letakkan  dibahagian pertama SIDEBAR dan bukan tempat lain, akhir skali iklanLaerge Rectangle sepatutnya diletakkanbetul2 di bawah post pertama anda, jika anda tidak mengikut garis yang dinyatakan, maka ia akan mempengaruhi Pengiklan.

Pendapat Keempat : Kemaskini Surver - ini semua orang tahu, setiap kali hendak daftar blog baru di akaun Nuffnang anda kemudian akandi suruh menjawab survey yag berkaitan dengan blog anda. jawab lah dengan sebaik baiknya dan jangan main tanda sj. Di bahagian description blog anda ialah survey yang paing penting. Tulis description mengenaiblog anda dengan lengkap, jangan 15 patah perkataan sj,sebaiknya gunalah semua 100 patah perkataan.

Pendapat Kelima : Backlink kepada Nuffnang - Ada juga mengatakan antara Rahsia dapat bufferes earning Nuffnang adalah memberi backlink kepada Nuffnang seperti ini >> Nuffnang Malaysia terbaikk... . buat lah satu entry khas pasal Nuffnang dan beri backlink kepada mereka...

Pendapat Keenam : Tulis entri dan post yang berkaitan dgn iklan Nuffnang - Lebih berkesanlagi, buat blog khusus yang berkaitan dgn niche iklan Nuffnang. Nak tahu niche apa yang sesuai mudah sahaja, anda lihat di bahagian Survey ada di bahagian kategori, buat lah blog atau subdomain menggunakan kategori2 itu dan tulis artikel yg berkaitan dengannya.Sebagai contoh, jika blog anda guna kategori fesyen, buat artikel mengenai fesyen sahaja, jika blog anda gune niche bisness, tulis perihal bisnes..^_^ hehee

#Aku blogger baru.. jadi aku kne dapat kn status Glitterati..^_^

22 Oct 2012- Asas fotografi ( apa yang anda perlu tahu)


Pernahkah anda terfikir apakah faktor sebenarnya yang menjadikan fotografi berfungsi dengan sempurna? Tutorial ini akan memberi serba sedikit penjelasan kepada anda bagaimana cara bekerja dengan sebuah kamera. Artikel ini akan memperkenalkan kepada anda serba sedikit asas bidang fotografi dan bagaimana cara terbaik mengambil gambar yang menawan.
Untuk mengambil gambar, anda tidak memerlukan kamera yang berjenama, mahal, terkini dan peralatan sampingan yang serba lengkap. Apa yang paling penting adalah jurugambar perlu mempunyai kemampuan untuk melihat suasana persekitaran dan kecekapan menggunakan pengetahuan dan juga naluri terhadap sesuatu yang menjadi subjek.

Pengenalan Asas Fotografi

Perkataan ‘Photography’ berasal daripada bahasa Peranchis dan berakar umbi daripada bahasa Greek, secara literalnya bermaksud“drawing with light”. Jadi tidak syak lagi pencahayaan memainkan peranan yang paling penting dalam fotografi, tanpa cahaya maka tidak wujudlah fotografi. Seni fotografi secara asasnya adalah melihat dan menyeimbangkan pencahayaan.
Illustrasi di sebelah menunjukkan pergerakan cahaya yang bergerak daripada suatu objek / sumber cahaya kepada ‘sensor‘(atau filem bagi kamera bukan digital).
Pertama sekali cahaya perlu melalui lens, yang merupakan kaca yang bersiri dan mempunyai bentuk yang berlainan. Jika fokus adalah tepat dan betul maka cahaya akan jatuh di permukaan ‘sensor’.
Aperture’ diletakkan di antara ‘lens‘ dan ‘shutter‘ dan secara asasnya adalah suatu bukaan yang mengawal jumlah cahaya yang akan jatuh ke permukaan ‘sensor’.
Dalam kebanyakan kamera pada masa kini, ‘shutter‘ telah diletakkan di dalam badan kamera itu sendiri. Alat mekanikal ini adalah alatan yang mengawal berapa lama suatu ‘sensor‘ itu terdedah kepada cahaya.
Sensor‘ adalah ‘plate‘ yang sangat sensitif dan berfungsi untuk menyerap cahaya dan mengubahnya menjadi ‘pixels‘.  Seperti yang anda lihat sperti illustrasi di sebelah, imej yang jatuh di atas ‘sensor‘ sebenarnya terbalik (upside down), seperti juga mata kita menghasilkan imej terbalik.

Aperture

Aperture‘ yang terletak di dalam ‘lens‘ mengawal jumlah cahaya yang melepasi  ‘lens‘ dan seterusnya ke atas ‘sensor‘. Bukaan ‘aperture‘ yang besar akan membenarkan jumlah cahaya yang banyak melepasinya dan begitulah juga sebaliknya. Memahami peranan dan fungsi ‘aperture‘ akan memberi kesan hasil gambar yang diambil dan merupakan sistem yang paling utama dalam bidang fotorafi. Ia akan memberi kesan kepada“amount of light, depth of field, lens speed, sharpness dan vignetting”.

f-numbers

Nombor-nombor pada f (f-numbers), merupakan urutan siri nombor yang menunjukkan diameter bukaan pada ‘aperture‘. Merupakan perkara penting yang perlu difahami bagaimana ‘aperture‘ dan suatu bukaan (exposure) itu bekerja. Kesemua nombar pada f merupakan sistem nombor yang lazim seperti Æ’/5.6 yang menunjukkan ‘f-number‘ dengan kadar 5.6. Ada terdapat beberapa set nombor bagi ‘f-numbers‘ yang digunakan dalam bidang fotografi dengan skala yang berbeza-beza tetapi skala nombor bagi ‘f-number‘ yang biasa atau lebih dikenali sebagai “standard full-stop number” adalah;
Æ’/# 1.4 2 2.8 4 5.6 8 11 16 22 32
Ini dikenali sebagai “full-stop f-numbers“. Sekiranya anda mengurangkan ‘f-number‘ dengan satu ‘full-stop‘ seperti f/4 kepada f/2.8, maka jumlah cahaya yang melepasinya akan bertambah dua kali ganda. Tetapi sekiranya anda meningkatkan ‘f-number‘ dengan satu ‘full-stop‘ seperti f/5.6 kepada f/8 maka hanya separuh sahaja cahaya akan jatuh kepada ‘sensor‘.
Terdapat pelbagai ‘f-numbers‘ di antara nombor-nombor yang dinyatakan di atas bergantung kepada skala yang digunakan. Skala 1/3 adalah paling biasa digunakan yang bermakna setiap tiga langkah terdapat ‘full-stop‘, oleh yang demikian memberikan anda dua ‘setting‘ di antara setiap ‘full-stop’. Sebagai contoh di antaraf/8 dan f/11 anda akan menjumpai f/9 dan f/10. Pening bukan? Ini agak mengelirukan jadi sebagai kesimpulan adalah;
f-number dengan nombor tinggi = bukaan lebih kecil (smaller aperture) = kurang cahaya
f-number dengan nombor rendah = bukaan lebih besar (larger aperture) = lebih cahaya

Shutter

‘Shutter’ merupakan suatu alat yang mengawal jangkamasa ‘sensor‘ terdedah kepada cahaya. Lebih lama bukaan ‘shutter‘ maka lebih banyaklah cahaya yang ditangkap oleh ‘sensor‘. Gambar foto dengan ‘speed shutter’ yang pantas akan memegunkan objek yang diambil manakala ‘shutter’ dengan ‘speed‘ yang perlahan akan menangkap imej bersekali dengan ‘motion‘ bagi suatu objek yang bergerak.
Ini merupakan skala yang terdapat pada kelajuan ‘shutter‘ sama juga seperti ‘aperture‘;
1/1000 s 1/500 s 1/250 s 1/125 s 1/60 s 1/30 s 1/15 s 1/8 s 1/4 s 1/2 s 1 s
Kebiasaannya kelajuan ‘shutter‘ seringkali pada skala 1/3 memberikan anda dua langkah di antara setiap ‘full-stop‘. Contohnya 1/60s dan 1/125s dan anda akan menjumpai 1/80s dan 1/100s.
Dua perkara utama yang mengawal dedahan cahaya (exposure) adalah kelajuan ‘shutter‘ dan juga ‘aperture‘.

ISO

Kelajuan ISO (International Organization for Standardization) merupakan ukuran ‘standard‘ bagi ‘film speed‘ atau kepekaan (‘sensitivity‘) kepada cahaya. Dengan kamera digital, ISO akan memberi kesan kepada ‘sensor‘ bukannya filem, tetapi asasnya adalah sama. ISO kelajuan rendah memerlukan ‘exposure‘  yang lebih panjang dan ia merujuk kepada ‘exposure‘ rendah. Manakala ISO kelajuan tinggi memerlukan masa yang singkat untuk kadar ‘exposure’ yang sama dan maka ia dirujuk sebagai ‘exposure‘ laju. Satu ‘step‘ dalam ISO adalah bersamaan dengan ‘one full-stop‘ maka ISO bukan pada skala 1/3 – filem yang boleh dijumpai dengan bacaan ‘1/3 ISO SPEED‘ (tidak terdapat dalam fotografi digital). Di bawah adalah ‘ISO Speed‘ yang lazim dijumpai;
ISO 50 100 200 400 800 1600 3200
Pada filem 35mm, filem dengan ‘ISO SPEED‘ yang tinggi akan menjadikan gambar berbutir-butir (grain) berbanding dengan yang rendah. Tetapi ‘sensors‘ moden tidak menghasilkan ‘grain‘ dengan ‘ISO SPEED’ yang tinggi. Sebaliknya menghasilkan apa yang dipanggil ‘noise’. ‘Noise‘ yang dihasilkan pada gambar digital bukanlah sesuatu yang digemari berbanding ‘grain‘ yang dihasilkan pada gambar filem. Ia akan mencacatkan foto yang dihasilkan sekiranya ‘grain‘ tersebut jelas kelihatan.
Jika tidak ada masalah dengan pencahayaan, perlu diingati gunakan ISO dengan nombor yang rendah tetapi untuk mengambil gambar ‘indoors‘ dengan kurang pencahayaan, dan mendapati bahawa kombinasi penggunaan ‘aperture‘ dan ‘shutter‘ tidak membantu maka memilih ‘ISO SPEED‘ yang betul sekurang-kurangnya dapat membantu.
Saya akan menulis lagi artikel berkaitan dengan fotografi di masa akan datang. Sekiranya terdapat kesilapan dalam penulisan sya dan anda pula mempunyai pandangan atau pendapat yang lebih baik lagi, tuliskan pandangan anda tersebut di ruangan komentar di bawah supaya dapat dikongsikan bersama.
#Info untuk dikongsi bersama..

21 Oct 2012- Rest time



Hari nie hari ahad..
aku tido.. kul 12 tghr baru bangun...>_<
ms cuti2 cmnie lah aku suke rehat2,tido..
 hari nie aku kumpul sume gambar2 dr akak yg ade kamera..
so aku mula edit gambar...^_^


20 Oct 2012- Universal Studio Singapore (USS)

Hari nie hari sabtu.. so aku tak kerja lah..
dh sebulan dah aku nan housemate aku rancang nk pergi kew USS..
so dpt jgak lah kitorg pergi sana.. 
Singapura..
Okay.. aku nk citer sikt lah sal singapura yg aku jejak kn kaki kt situ..
Singapura secara rasminya mencapai kedaulatan pada 9 Ogos 1965, Yusof bin Ishak mengangkat sumpah selaku presiden, manakala Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri pertama Republik Singapura.
Pada tahun 1990, Goh Chok Tong menggantikan Lee sebagai Perdana Menteri. Pada tahun 2004, Lee Hsien Loong, anak Lee Kuan Yew, menjadi Perdana Menteri Ketiga smpai sekarang...

Singapura ialah pusat kewangan ke-4 terunggul dan sebuah bandaraya global metropolitan yang 
memainkan peranan penting dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa. Pelabuhan singapura ialah salah sebuah daripada lima pelabuhan tersibuk di dunia...

singapura, masa aku di singapura..bangunan tinggi2 tapi masih mempunyai pokok2 n tumbuh, tumbuhan yang menghijau..
singapura juga di kenali sebagai Garden city.. memang cm garden city.. sampah xde, ade sikit2 jew.. kereta jrg kelihatan.. sb kos mahal nk beli kereta..
penduduk hanya menaiki bus, MRT(cm monoril) pastu ade yg naik teksi..
tp siyess.. ms aku kt sana.. kurang jem...
flat2 yg tinggi2...
Aku nan akak wanie.. kul 10pg  kitorg dibenarkan masuk.. so mula2 jenjalan.. memang byk pic yg kitorg amik..
kt atas tue pic aku nan akak wanie dalam tandas kt dlm USS..
kenape aku nan kak wani jew??
sb kul 10.30 kitorang terpisah..huhuu..
ms akak wani amik gambar aku..
akak zura n akak mas msuk dlm bangunan area tue..
aku xpasan.. so mencari lah aku nan kak wani..



muka excited an.. memang sangat2 excited.. 1st time p luar negara ikot kastam..
hehehehee... 


aku dengan akak wanie n akak zura.. masa nie akak mas yg amik kn gambar..
tue kad yg kne ade sebelem dpt masuk dalam Universal Studio Singapore..^_^


kt bawah pokok candy..
hehehee.. pokok nie memang besar.. nie kt bahagian luar USS.. sb pada masa nie kitorg xleh msuk ag.. so menerewang lah kt bahagian luar dulu..=P


kami berempat... hehehee.. excited dh nie nk masuk USS...


kitorang dengan M&M.... muehehehehee... cm dlm iklan dia "find a bigger bowl" =P


lawa kn picture nie.. hahahaa... bole plak aku pasan and syok sendiri... masa picture nie.. pakwe akak yg baju putih tue tolong amik kan.. baik diowg.. hehehe....^_^


kitorang amik gambar kt depan Universal studio punyer merchandise...
byk brg2 dlm tue.. tp sume mahal2.. =.=


HOLLYWOOD... sempat ag amik gmbar..nie lepas aku edit guna cara HDR..^_^
kasi epik sikit lah..hehehehheee


^_^y peaceee... nie kt bawah transformer.. yg nie jew aku xsempat nk masuk permainan dia.. =( sedih.. tp nk wt cne.. masa mencemburui.. muehehee..mne bleh guna mencemburui..


Transformer the ride... yg nie salah satu game yg aku xsempat nk msuk.. cam bes jew klau dpt msuk kn... amik gambar pun jd lah.. hehehee..^_^ 


nie gambar aku amik ms lalu kt bahagian SCI-FIC...
sci-fic maksud nya science fiction.. entah betul kew entah salah aku taip.. hehehee.. kt bahagian nie lah ade rollercoaster yg beso tue.. pergghhh.. memang sgt2 teruja...


nie kt bahagian the mummy...aku ase cam aku duk kt mesir jew...hehehe.. besss...
kt cnie lah aku 1st main permain nan dia.. aku nan akak wanie.. kitorg xleh bwk beg atau brg kt dlm tue.. so terpaksa lah bwk simpan dalam loker dia.. msuklah kt permainannya..
pusing2.. smpai aku pikir.. bile lah nk hbis.. ukay.. smpai lh suatu tempat tue..
kne naik cm kenderaan..naik lah aku nan akak wanie..
ingat kan slow2 jew dia bwk... makin lme makin laju..smpai tempat penjahat.. lorrr... kitorg kne kejar nan mummy.. bende tue cm rollercoaster.. pusing2, kehadapan kebelakang... akak wanie jerit2.. aku gelak2.. hahahahhahaa... aku naik bende2 cm tue.. aku jerit pastu aku gelak2..hahhahaa... pening sioott...
dlm tue jgak ade kuar api sume.. kdg2 terasa panas, sejuk.. gelap cerah...>_<
bile aku kuar.. terhuyung hayang ckit... akak wanie duk gelak jew.. dia ckp dia 1st time naik yg cmtue.. xsangka plak..huhuu ..>_<


aku tunjuk ape pun xthu.. tp ms nie dh tghr.. panas gile2...>_< kt belakang aku sikit.. ade org egypt real.. tp seksi gile.. huhu.. aku nk amik.. tp t seksi sgt.. tp serius chantek n comel..nan makeup alal-ala egypt tue...


aaaaaa... xcukup kuat nk cabut gigi dia..=P

masukkan kepala pun dia xnk mkn ag.. hahahahhaa.. =P

picture kt atas nie.. kt bahagian Lost World...


dah masuk tempat yg aku nk pergi sgt2... Far Far Away... shrek n fiona.. besss kt cnie..cam biasa, aku msuk lah game dia.. bess...igt ade game.. looo... ade wayang upe nya.. prince yg jahat nme dia ape dah?? aku lupe.. hehehee.. yg suka kt fiona tue.. dia dh jd hantu.. dia seksa kitorang ramai2.. tp bes giler2... korg kne pergi ase kan sendiri..^_^

ms nie dh panas giler dh nie.. kuar dr tgk wyg shrek n fiona.. xbole nk bukak mata dh nie terlampau panas.. >_<
















aisshhh.. byk lak gambar.. korg tgk lah ea...^_^ bess pergi sana.. berbaloi aku bayar mahal2...