Azam 2014

-will update 2nd January 2014-

:D

Year End Story 2013

Hai. hari nie 31hb disember 2013, hari terakhir bagi tahun 2013... masa berlalu dengan pantas... aku pejam celik pejam celik, dah sampai penghujung 2013.

Kenangan lalu
Kisah dulu-dulu memang sangat2 menguji kecekalan hati aku.. tapi aku sekarang makin kuat dan cekal.. banyak kisah hidup aku yang aku nak lupakan.. yang paling aku nak lupakan sal kisah aku dengan kamil.. dia pernah hadir dalam hidup dan hati aku... tetapi dia tak hargai hati n kesetiaan aku.. aku dengan dia, aku setia menanti dia walaupun dia dah putus kan hubungan sampai lah aku tahu sendiri yang dia sudah ada kekasih lain...Sekarang aku aku dah bahagia dengan Amirul.. aku sayang dia..

Kereta
Tahun lepas, azam aku untuk dapatkan kereta sebelum bulan 12 dah termakbul... aku dapat kereta aku 17hb Julai 2013.. Myvi standart.. walaupun standart, aku akan cuba make it cute.. sebelum tue aku mati2 tak nak myvi.. last2 skali myvi yg cute jgak aku dapat.. yey!! hehee..

Kekasih hatiku
Ma ayah dah jadi buah hati aku sejak aku lahir lagi... 7 lelaki hadir dlm hidup aku dengan seorang perempuan takkan pernah terputus hubungan walau apa sekali pun, aku sayang mereka.. Tajuk nie aku nk cerita mengenai amirul, kekasih hati aku... apa yang aku suka bile dengan dia?? bila aku dengar lagu sesama dengan dia, karaoke duet dalam kereta... hehee... senget je.. :P

Azam Baru 2014
1st sekali aku nk beli kamera instant... hehee... berapa ratus je an... maybe bulan 3 dpt kot... sebab bulan 4 abang long aku dah nak kawen... lepas tue aku nak kumpulduit bg ma aku gelang mas.. InsyaAllah.. pastu aku nk bagi hadiah kt ayah aku..tetapi ngah fikir lg nk bg apa..hehee.. lepas tue aku nak kumpul duit banyak2!!!.. main point.. nk kumpul je duit banyak2.. :D

Infiniti cinta kau dan aku



Bermula kutemu gadis berkaca mata
Comel anggun ayu cantik paras rupa jelita
Tinggi 5 3 laksana primadona
Terigau mimpi sini juga khayalnya ke sana
Pernahkah terdengar tiada dara yang renggang
Itu kisah ku dulu reputasi lamaku dulu
Seribu memurai usah satu pun kau percaya
Seribu menggadai kau satu sumpah setia

Cliche dihatiku kau bermaharajalela
Manifesto luput bila nafas henti hela
Tiada medan yang takkan kubanting yang kujuang
Demi seru kau sayang
Demi kau seorang
Demi seru kau sayang
Demi kau seorang

Korus:
Ucapkanlah kata-katamu dengan gurau sendamu
(Ku cuba menahan ketawa ku)
Jelaskanlah apa kau mahu, kan ku sedia menunggu
(apa yang ku rasa kau dah tahu)

Takkan ada lagi cinta yang setara
kau dan aku (2x)

Kan baru saja aku bilang
Ku mahu seru kau sayang
Hikayat kau aku
tanpa dua dan bayang-bayang

Diteraju kau dan aku
sutradara yang maha esa
tetap kau aku lintas bandar rentas desa
Dan apa pula kau mahu jelas satu-satu
Leraikan yang terbuku dan segala didadamu
Salam perkenalan yang diselami dua hasrat
Moga-moga kita kekal hingga ke akhirat
Seharusnya kita kekal hingga ke akhirat

Ulang korus


Apakah seorang raja tanpa permaisuri jelita di sisinya
Ibarat jantung tiada degupannya
Dan diri aku bisa jadi ratu kamu
(dan memang aku ratu aku)
Andainya kamu mampu buktikan padaku

Cinta bukan saja bukti
Ku uftikan cinta infiniti
Janji tak ditinggalkan tetapi ditepati
Kau istimewa tiada metafora setara
Jadi tiada metafora kerna kau tidak ketara
Tiada metafora kerna kau tidak ketara

[Ulang korus]

Satu satu aku mahu kamu
Dua dua hanya kita berdua
Tiga tiga bersama sama selamanya
(One more time!)
Satu satu aku mahu kamu
Dua dua hanya kita berdua
Tiga tiga bersama sama selamanya

Takkan ada lagi cinta yang setara
Kau dan aku.. kau dan aku

Ucapkanlah kata-katamu dengan gurau sendamu
Jelaskanlah apa kau mahu, kan ku sedia menunggu

Takkan ada lagi cinta yang setara
kau dan aku

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/07/lirik-lagu-infiniti-cinta-zizan-razak.html#ixzz2mZRGZnxo

Hari lahir si dia- AmirulNasriq

Hari nie hari lahir si dia..
aku tak tahu nak kasi hadiah apa, 
aku lak tiada kesempatan masa cari hadiah untuk dia..
so hari nie aku belanja dia makan..
nanti-nanti lah aku beli kan hadiah untuk dia..
superman, ironman or transformer..

still thinking of it...

-SakuraAriela-

Hari ni...

Hari ini..
aku rasa aku dah lama tak online facebook..
selepas aku format laptop aku..
aku dah tak lagi on facebook.. mungkin aku suka cara hidup aku sekarang...
tumpu pada kerja dan amirul..
cari duit banyak-banyak..
sedikit sebanyak aku kena bagi keluarga kat kampung..
 pastu isi masalapang dengan menulis dekat blog nie..
aku tak tahu ade orang baca ke tidak..
tetapi blog ini akan selalu update dengan hidup aku...
 
-SakuraAriela-

Sayu

Harinie aku hati aku rasa sayu sangat2...
aku tak tahu kenapa...
hari nie company aku ada sambut birthday rakan sepejabat..
dh 2 tahun aku kerja kat sini... aku tak penah sambut birthday aku..
aku asyik makan kek orang lain je..
aku tak terfikir sangat sal kek birthday aku takde..
tapi tadi bini bos aku tanye sedap tak kek.. pastu ckp sorry lah sebab takde kek tuk dila..
sayu hati aku doll.. aku kerja kat sini dah 2 tahun... org yg baru masuk pun dapat kek birthday..
tetapi aku.. ummm... aku rasa aku cam tak di terima je kerja kat sini..
cam takde orang suka je..
 
 or mungkin aku dapat kerja nie dari orang yang tak ikhlas bagi aku kerja nie..
apa pun..buat sementara waktu nie aku akan bersabar dan cuba mencari pekerjaan lain..
semenjak dua menjak nie... banyak sangat kerja aku... sampai lenguh2 nak siapkan..
 
-SakuraAriela-


Tempahan design header, banner atau template blogspot dengan harga Rm50 sahaja

Tempahan design header, banner atau template blogspot dengan harga Rm50 sahaja, berminat?? hantar email di sakura_ariela88@yahoo.com  ^_^

-SakuraAriela-

Birthday 2013

Assalamualaikum  dan hai hai...
hari nie 7hb 10... hari lahir aku semalam iaitu 6hb...
aku dapat hadiah tedy bear dari si dia..
aku bahagia sangat ada dia... 
sangat sangat bahagia dengan dia...
aku nk kek masa birthday aku.. demand an.. tapi tue lah..
aku tahu dia sedikit pun tak tahu yang aku nie gila kek.. huhuhuu..
tapi tak pe lah.. asal kan dapat tedy bear pun jadi lah..
tetapi aku seriously kempunan kek buffday...

Birthday aku dah lepas dh.. so aku kena lupakan je lah birthday tahun nie.. hehehe..

-SakuraAriela-

Amierul Ariey

Amirul...

dia lain dari yang lain..
mampu bertahan dengan aku..
bersabar dengan aku..
susah senang bersama aku...

aku sayangkan dia sepenuh hati aku...

-SakuraAriela-

Pengorbanan Demi Kebahagiaan…

Pergorbanan demi pengorbanan…

Hati tetap tabah

Tabah walau pun perit, tapi kenapa perlu rasa perit andai kita lakukan pengorbanan dengan ikhlas??

Belajar dari hari ke hari,

Belajar jadi seorang yang tabah, ikhlas dan redha dengan apa yang terjadi…

Tabah ikhlas dan redha bukan sesuatu yang perlu dipelajari, tetapi sesuatu yang datang dari hati…

Masa berlalu hari demi hari…

Walaupun hari semakin hari bertambah, kita lakukan sesuatu agar lebih baik dari semalam, tetapi kenapa kita sering kali laku kan kesalahan tu berulang kali… kita sering beralasan “manusia tak selalu nya sempurna” tetapi, tahu kah.. orang yang melakukan satu kesalahan berulang kali merupakan orang yang bodoh…

Aku tak bodoh, aku manusia yang dicipta sebaik-baik nya, tiada mampu menyerupai… tetapi diri sendiri alpa dengan kehidupan yang hanya sementara, manusia yang mudah leka… leka dengan mainan hidup.. lupa asal usul… lupa di saat senang…

Coretan demi coretan, aku menghitung huruf, membilang perkataan, menyusun ayat , mengusung kehidupan… kehidupan, kisah silam… takkan pernah dilupakan… susunan kehidupan buat kita, dah tertulis dan sememangnya takdir yang telah ditetapkan….

Takdir…

Takdir jatuh bangun aku, aku tetap bersyukur, bersyukur dengan adanya orang di sekelilingku… keluargaku…

  1. -SakuraAriela-

Hati seorang wanita

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin
bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin
LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah
tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja kepada insan yang bernama LELAKI iaitu SUAMI.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.

Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.


POP-Phone.. sangat cool

Haii..
hari nie aku nk cerita sal pop phone..
aku baca blog Fatin Liyana
terjumpa lah benda awesome ni..




Ini nama dia pop phone... sangat cool klau gayut dengan mak guna benda nie..
benda ni aku nak cari sampai jumpa.. ada orang cakap kat midvalley ada.. kat lowyatt pun ada..
  


30 August 2013- Galau by Five Minutes



Katakan saja,
jangan kau sembunyikan
Bila diriku tak lagi di hati
Kenanglah aku pernah singgah di hati
Mesti sekedar mengukir hatimu
Sepi hatiku, galau jiwaku
Saat kau katakan putus dengan aku
Sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku galau

Jangan katakan kisahmu saat ini
Karena bisa sakiti hatiku
Kenanglah aku pernah menjaga hatimu
Meski hanya kau dan aku yang tahu

Sepi hatiku, 
galau jiwaku
Saat kau katakan putus dengan aku

Sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku galau

Sepi hatiku, galau jiwaku
Saat kau katakan putus dengan aku
Sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku galau
(sepi hatiku, galau jiwakuSaat kau katakan) 
putus dengan aku(sepi hariku tanpa dirimuMenemani aku) galau

29 August 2013- Relakan jiwa by Hazama



Kusangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta

Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku

Kini kau pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri

Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku Relakan Jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkian setiap sepi hatiku

Hati bukan untuk dimiliki
Tapi untuk dicinta dan mencintai
Kurelakan jiwaku padamu

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku relakan jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menhidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Seandainya waktu
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
Akan kubiarkan mati hatiku selamanya
Sehingga kau datang membangunkan aku

27 August 2013- Telah aku berikan by Republik



Andaikan dulu
Ku tak pernah mencintaimu
Mungkin semua kan berbeda
Takkan pernah terjadi kisah kita

Andaikan dulu
Kau tak pernah mencintaiku
Mungkin semua kan berbeda
Takkan pernah kurasakan luka

Ku biarkan semua yang telah terjadi
Biarlah.. biarlah..
Kusadari semua bahwa memang cintamu
Bukan untukku

Tlah ku berikan cintaku
Tlah kuberikan sayangku
Namun nyatanya kau
Tak pernah bisa menerima

26 August 2013- Kita by Forteen



Kau renunglah wajahku
Di manakah hilangnya
Raut seperti dulu
Bila dicemar air mata
Ku tak mahu berpisah
Kerana hati masih
Sayang pada dirimu
Tapi harapan makin kabur

Chorus
Manakah kita jika kau dan aku tidak sekata
Sepi walaupun bila bersama
Dekat pun tetapi berjauh hati
Manakah kita bila sering bertentangan sahaja
Walaupun bibir cuba menafi
Hakikat percaya tanya dengan jujur manakah kita
Di jiwaku sengsara menanggung derita
Kerana cinta berubah tapi tak mahu kehilanganmu

Ulang Chorus

Sepi walaupun bila bersama
Dekat pun tetapi berjauh hati
Manakah kita bila sering bertentangan sahaja
Walaupun bibir cuba menafi
Hakikat percaya tanya dengan jujur manakah kita’

25 August 2013- ahad yang membosankan..

Assalamualaikum readerz...
hari nie aku bangun lewat.... lepas kepenatan pergi majlis pertunangan abang long... tetapi sangat gembira sebab aku dapat jumpe ma ayah dan adik aku...
ma aku tak pernah lagi merasa sarung cincin kepada menantu... so tue kali pertama lah... 
so hari ahad hari untuk merehatkan diri...
aku tidur sampai aku sakit kepala...
macam2 yang aku buat... basuh kain, kemas bilik, tidur dan yang terakhir aku tengok gambar yang ada dalam note 10.1 aku nie... lorrrr... terjumpa gambar prince dan aku kat putrajaya.. comel sangat2... hahahaha... aku sayang dia sangat-sangat...
moga hari dia selalu indah-indah bersamaku... amin...

nie 1st time aku edit gambar kat note.. huhuu...

24 August 2013- pertunangan abang long

Pertunangan abang long adalah majlis pertunangan pertama yang aku pergi tumpang dengar ape yang orang tua-tua bercakap... seriously.. kalau aku yang bertunang, mesti gementar gile2.. hehehe
majlis start pukul 3.30 petang...
gambar aku amik banyak tetapi semua berada dalam memory card aku...
yang aku upload nie semua dalam note 10.1 aku..


dengan satu-satu nye adik perempuan aku... darjah 2..



ayah, ma dan adik....
tunggu ma ayah naik keretapi pukul 8.30... walaupun sedih, rasa cam nak ikut ma balik tetapi aku tahu... aku ade hidup aku sendiri... aku kne belajar berdijari...

18 August 2013- At Putrajaya with my prince

Hai Readers...
hari nie aku nak cerita mengenai aku keluar dengan prince...
pada 17 ogos 2013.. aku baru dapat kereta...
prince bawak aku jenjalan pergi putrajaya..
seronok sangat2...

Prince yang ngah main game Epic..















dengan bff aku dan pakwe dia...

me and mine.. 

13 August 2013- KLCC dengan prince

Selepas 3 minggu tak jumpa... sebab balik kampung cuti raya..
aku rindu kan dia... rindu sangat2..
Janji nak jumpe hari isnin 12hb tetapi bas aku terlampau delay...
so aku cuti lah 13hb nie sebab nak jumpe dia..
aku bagi biskut raya aku dan dia bagi biskut raya yang mama dia kasi..
he's always sweet... hehheee
*B baca jangan kembang sangat tau... xcute dh nanti... =P





-SakuraAriela-

12 August 2012-Transnasional Bad Bus

Aku balik beraya tahun nie dengan bas, memandangkan aku belum mempunyai kereta.. balik pada 2haribulan 2013, bas dijadualkan pukul 10.30.. tunggu punye lah tunggu an.. kul 11.30 baru bas sampai... ukay, aku anggap itu sebagai kelewatan biasa bagi kesesakkan lalu lintas.. aku sampai pukul 6 petang di gunchil.. dan aku sampai betul-betul di rumah waktu berbuka puasa. 

BALIK KUALA LUMPUR 

Tiket aku beli pada pukul 9.30 di Kota Bharu.. then aku bajet smpai kuala krai pukul 11.00 pagi... then aku pun terpacak lah di hentian bus peladang pada pukul 10pagi, mana lah tahu bas terawal pulak hari nie... tunggu lah aku kt situ sambil mesej dengan buah hati tersayang... adik aku yang hantar aku di hentian bas, terus balik, tinggal lah aku sendirian.. 

11.00pagi...dah lepas.. 
12.00tengahari.. lepas.. 
1.00petang... lepass. *bus still takde lagi 
2.00petang... takde kelihatan bas lagi... 
3.00petang.. perasaan marah dan kurang sabar sudah jadi blurr.. cmnie @.@' 
4.00petang... balik je lah... 

tetiba ayah aku dengan adik lelaki bongsu datang dengan motor dari belakang..ade lah sedikit ase nak menangis terharu.. tetapi tak sempat 5 minit je adik aku temani aku.. ayah belikan air kotak dengan roti dan air mineral.. terharu lah juga walaupun sekejap saja.. lepas minum air, bas sampai pukul 4.30 petang.. hummmm... penat sungguh tunggu bas.. bas puka takde aircond.. seperti cacing kepanasan manusia yang berada di dalam bas.. hahahaa.. ukay.. aku ingat perjalanan akan berjalan dengan lancar.. rupa-rupanya hujan di tengah jalan..berenti rehat di merapuh... aku salin pakaian yang tak menyenangkan aku.. ummm... teruskan perjalanan dengan aircond takde.. malam makin gelap.. bas plak makin lama cermin makin berwap.. tue tanda manusia dalam bas sedang kepanasan.. 15minit perjalananan... bas pusing balik ke tempat singgahan tadi... geram bercampur baur.. aku terpaksa tahan.. 

Sekarang sudah pukul 10.25 malam... badan sengal-sengal dan lenguh.. my prince dah tidur kepenatan.. kesian dia.. sampai awal sebab nak tunggu aku.. tetapi tak dapat jumpa... 

10.25malam... lepak buang masa kat kedai makan.. 
11.25malam... still lepak kag kedai makan.. stylo babe... 
12.25 tengahmalam... seriously stylo membazir masa macam ni... sekarang pukul 
12.38 tengahmalam... kepala aku dah tak mampu berfikir dengan waras.. badan sengal-sengal melekit berbau masham.. semua ada.. betapa sedih nye aku hari ini.. terkena semua sebab ingin balik Kuala Lumpur... 

(sambung selepas 2hari bekerja.. hehhee) 
1.30pagi.. datang sebiji bas transnasional dari Kuala Lipis ke Kuala Lumpur.. hanya muat 12 orang sahaja... aku ape lagi bergeges2 ambil barang dan cepat2 turun tetapi tak sempat.. bas dah penuh.. ummm... masa tue jgak hujan lebat.. driver bas beritahu takde bas tambahan, semua bas penuh... takde pilihan lain... bas terpaksa bertolak dengan keadaan aircond rosak... dengan hujan lebat, bas seperti ikan sardin dalam tin.. bahang panas nye,. tapi lena juga tidur.. hahahaa.. sedar kat bentong.. nak masum highway... tak silap masa tue 3.30 pg kot... 

5.00pagi... sampai kat sempadan selangor.. bas berhenti sebab temperature bas terlampau tinggi... 

6.00pagi... bertolak ke hentian putra.. dalam keadaan panas dan bas siput... seriously memang sangat2 slow... 

6.45 smpai di hentian putra.. naik Lrt dan bas... 

7.30pg.. Home Sweet Home... T.T 


*serik naik bas Transnasional.. huhuhuhuu 

-SakuraAriela-

1 August 2013- Komen Facebook guna gambar

Dah lama aku tak update blog yang usang nie.. so hari nie aku nak start balik update blog aku yang salu sangat berhabuk nie... so hari nie aku nak letak gambar-gambar yang kawan aku salu guna untuk komen kat status facebook...














Aku tengok dan baca ayat dalam gambar tu selalu buat aku tergelak2.. hehee...
yang aku paling gelak terbahak-bahak... aku tengok yang ultraman..

tak leh blah langsung...=.='

-SakuraAriela-

24 July 2013-Wordless Wednesday

Apa itu Wordless Wednesday??

Pada hari Rabu di seluruh internet, penulis blog post gambar dengan tiada perkataan untuk menjelaskan pada blog mereka. Oleh itu, gelaran 'diam-diam'. Idea ini adalah bahawa gambar itu sendiri berkata begitu banyak bahawa ia tidak memerlukan apa-apa jenis.