25 April 2013- Hari ini

Assalamualaikum... hari ini... seperti biasa...aku akan menceritakan apa yang terjadi pada aku...

Aku kembali ingat kisah-kisah lama hidup aku.. aku teringat pada seorang perempuan nie... ukay... aku panggil dia Capital X....aku kenal dia dah lama... semasa aku kenal dia... aku sedikit pun tidak cemburu dengan apa yang dia ada... aku tahu aku dilahirkan begini dan aku sangat bahagia dengan ada nya keluarga aku, kawan-kawan yang lain.. tetapi kenapa dia sering kali tidak puas hati dengan aku... dari dulu sampai sekarang.. kenapa?? nak katakan aku nie ade BF?? aku xde... nak katakan aku nie pandai?? kau lagi pandai dari aku... nak katakan aku nie ada kereta motor?? aku pergi kerja balik kerja jalan kaki jew... nak katakan aku nie kawan ramai?? aku pergi tengok wayang , pergi pasar malam sorang-sorang jew... kenapa perlu ada cemburu kat aku?? kenapa perlu ada cerita buruk terhadap aku... banyak kisah2 antara aku dan dia(perempuan)....

Walau banyak kisah sedih n perit antara aku dan dia si Capital X.. tetapi aku selalu bagi peluang... peluang untuk dia tak cemburukan aku...peluang untuk dia berubah dan menggap aku nie kawan dia... walau pun aku nie banyak bercerita.. tetapi ade sesetengah perkara yang perlu di rahsiakan.. akan ku simpan buat selamanya... kisah dia dan kisah aku banyak... aku simpan... tersemat di hati... aku dah lama maaf kan dia walau pun dia tak mintak maaf...

Aku tahu kisah di sebalik lelaki yang suka dekat aku.. tetapi berpaling setelah kawan aku cerita mengenai aku... yang tue aku sedikit pun tak kesah... aku redha... memang aku simpan dalam hati tetapi aku sedikit pun tak ingin balas dendam... tetapi kenapa perlu dia buat cam tue kat aku??  selalu aku pikir.. kenapa?? bila aku teringat kan perempuan tue... mesti aku akan terpikir.. kenapa?? apa salah aku kat dia?? dia tak puas hati dengan aku.. ke dengan semua orang...

Aku teringat kisah dulu... SATU KISAH.... seorang lelaki ingin berkenalan dengan aku, dia tanye nombor telefon aku dari seorang kawan aku... ukay... aku jual mahal lah sikit an.. tetapi dalam hati aku, ingin jugak lah kenal dengan dia... ukay..  tak lama selepas itu, lelaki tue xnk dah no fon aku.... ukay.. aku fikir dia dah tak nak kawan dengan aku... at last.. dia kapel dengan kawan aku( Capital X)... so shock...!!.. ukay.. dh nk buat cane... tak de jodoh... tak lama selepas tue... they brokeup... kawan aku plak yang si capital C cakap, lelaki tadi memang suka kat aku..* bukan nak perasan k.......... lelaki tue memang nk kat aku.. kawan baik aku si capital C ckp... ^_^... aku tak tahu apa yang si capital X cakap sal aku sampai lelaki tadi tak suka kat aku... kisah dah lama berlalu.. aku dah melupakan kan lelaki tue... tetapi baru-baru nie.. aku ada chat dengan kawan baik lelaki tersebut... aku tanye mengenai lelaki tersebut.. lelaki tersebut seakan-akan mencari aku... looo.... THE END.. xnak cakap lebih2.. hihihii...

-SakuraAriela-

8 Tips kecewa untuk bangkit semula



Beberapa tips buat anda yang sedang kecewa untuk bangkit semula.

1. Jangan berdendam
Jangan berdendam pada si dia. Lepaskan dia pergi dengan seikhlasanya supaya hati kamu tenang dan tak sakit.

2. Bertenang dan Doa 
Doa banyak-banyak dan mengadulah kepada Allah agar diberi petunjuk dan ketenangan menghadapi ujian dariNya ini.

3. Buang Kenangan
Buanglah barang-barang pemberiannya kerana jika kerap dipandang akan lebih menyakitkan hati dan lebih buat dirimu merana.

4. Mulakan Hidup Baru
Buka lembaran baru. Buka buku baru dan cipta sejarah baru. Tinggalkan kenangan lama dan menyakitkan dan percaya bahawa Allah akan memberi jodoh yang baik sesuai dengan dirimu.

5. Dia Bukan Yang Terbaik
Dia sangat baik dan kamu sayaangkan dia. Tapi dia bukan terbaik untuk kamu. Jika dia terbaik pasti dia tak akan tinggalkan kamu. Pasti dia tidak curang dan pasti dia tidak mencipta 1001 alasan untuk menjauh darimu.

6. Perbaiki Kelemahan-
Kadangkala perpisahan adalah satu ujian yang Allah beri untuk kita kaji semula kelemahan yang ada pada diri kita. Mungkin dulu kita banyak sangat kelemahan dan itulah penyebab dia menjauh. Belum terlambat untuk berubah menjadi yang lebih baik…siap tahu si dia kembali kepada kita lagi?

7. Doakan Dia-
Doakan kebahagiaan dia. Jangan dengki atau mencipta angkara untuk merosakkan cinta baru dia dengan insan baru. Perkara yang lepas jangan dikenang

8. Mendongak Ke Langit
Lihatlah ke langit dan lihat lah dunia ini sangat luas. Jangan dengan sedikit luka dan duka sudah membuat kita mengurung diri dan tenggelam dalam kecewa. Allah beri kita harapan dan peluang untuk terus merasa bahagia di hari mendatang.

-SakuraAriela-

22 April 2013- Ulser

Assalamualaikum kawan-kawan blogger... ummm.... dua hari yang lepas aku kne ulser... sakit gilew.. hanya mampu tersenyum... lepas tu aku usha-usha abang google.. aku jumpe ini...

Cara Mencegah Dan Merawat Ulser Mulut | Pernahkah anda melihat satu tompokan putih semasa anda memeriksa mulut dan ia menyakitkan bahagian dalam mulut anda? Tompokan inilah yng dinamakan ulser mulut. Kebiasaannya, ibu-ibu akan menasihatkan supaya anda meletak secubit garam pada bahagian yang terkena ulser itu supaya ia cepat sembuh.


Ulser mulut merupakan sejenis kudis yang terdapat di dalam bahagian lembut mulut kita. Selain bahagian dalam pipi, lidah juga boleh dijangkiti ulser. Rasa sakit akibat ulser ini akan menyebabkan anda berasa hilang selera untuk mengambil makanan atau minuman panas. Ia juga akan menyukarkan pertuturan anda.


Tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus menyebabkan berlakunya ulser mulut. Ulser mulut ini boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Selain daripada jangkitan bakteria taua fungus, ulser juga boleh terjadi akibat daripada kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, terkena dawai ortondik dan sebagainya.


Kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau tidur dan keadaan mulut yang kotor turut boleh meyumbangkan ke arah penyakit ulser mulut.


Ulser boleh dirawat dengan meletakkan garam ke atas tompokan putih tersebut. Namun harus diingat bahawa cara ini amat menyakitkan. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan rawatan dengan sejenis krim atau gel yang terdapat di farmasi. Rasa sakit kerana ulser boleh juga diredakan berkumur-kumur dengan air garam suam atau ubt kumur antibakteria. Ulser mulut yang tidak serius kurang merasa sakit dan akan sembuh dalam tempoh satu hungga dua minggu selepas mendapat rawatan.


Cara yang paling baik untuk menghindarkan daripada terkena ulser mulut ialah:


a) Banyak minum air suam
b) Berehat dan tidur dengan cukup
c) Amalkan tabiat menjaga kebersihan mulut dan gigi supaya ia berada dalam keadaan yang baik.
d) Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pastikan vitamin B12 dan C cukup diambil.


Jika ulser mulut tidak sembuh dan semakin merebak, anda hendaklah berjumpa dengan doktor gigi dengan segera. Ini kerana ulser mulut yang lambat sembuh mungkin petanda awal barah mulut.

korang-korang semua kena selalu minum air..sekarang kan musim panas... 

-SakuraAriela-

6 Sikap Wanita Yang Hebat Bagi Lelaki


Sentiasa menarik hati dan dipandang hebat oleh lelaki pujaan pastinya akan membuat diri wanita tambah disayangi dan makin dicintai.

Untuk menjadi wanita hebat bagi lelaki sebenarnya tidaklah sulit.Ada beberapa sikap yang perlu ada pada seseorang wanita seperti apa yang disenaraikan dibawah ini..

Berpengetahuan Luas
-Wanita yang bijak dan berpengetahuan luas memang mendapat tempat istimewa di hati lelaki.Kelebihan ini buat wanita dikagumi dan dihargai.Malah lelaki memang senang berdampingan dengan wanita sebegini kerana mampu dibawa berbicara dan berbincang bermacam-macam hal.Mengambil tahu hal-hal semasa ada faedahnya kerana ia akan menambahkan lagi bahan atau topik yang boleh anda bicarakan dengan si dia.Pastinya masa bersamanya akan lebih menyeronokkan dengan berbagai perkara yang boleh dijadikan bahan perbualan.

Pandai Menjaga Tubuh
-Rata-rata lelaki memang mengimpikan wanita yang memiliki wajah menarik dan bentuk badan ideal.Sememangnya ada semacam perasaan bangga bila seorang lelaki mampu berdampingan dengan wanita yang mencuri pandangan orang walau dimana berada.Jadi seharusnyalah anda bijak menjaga bentuk badan dengan bersenam dan menjaga pola pemakanan agar mampu sentiasa tampil segar dan menarik.

Pandai Memasak
-Walaupun hidup di zaman yang serba maju,wanita kini berkerjaya tinggi,kebolehan memasak bagi wanita memang menjadi kriteria utama dianggap hebat oleh lelaki.Ada pepatah mengatakan,'ingin mengisi cinta dihati lelaki,isilah perutnya dengan makanan lazat dari tangan sendiri'.Jika tidak pandai memasak,cubalah belajar serba sedikit.Tidak semestinya perlu jadi seperti chef-chef terkenal,tetapi sekurang-kurangnya anda tidak tersingkir dari kepakaran kaum wanita yang satu ini.

Memiliki Minat Tertentu
-Wanita yang memiliki minat tertentu yang tekun dilaksanakan misalnya bergiat aktif dalam olahraga,persatuan dan lain-lain adalah wanita yang dianggap tahu menyenangkan diri sendiri dan bijak mengekspresikan dirinya.Memanglah menghabiskan masa bersama si dia baik untuk hubungan anda,tetapi masa senang untuk diri anda sendiri juga perlu diuntukkan.Lakukanlah apa saja kegiatan yang anda gemari,pasti si dia akan menyokong asalkan ianya berfaedah buat anda.

Menyokong Minat Lelaki
-Wanita yang boleh menerima minat dan kegiatan yang dilakukan lelaki memang disukai.Lelaki akan merasa bersemangat dan dihargai andai wanita yang disayangi mampu menyokong apa yang dilakukannya.Misalnya jika teman lelaki minat berblogging,tunjukkanlah sokongan.Misalnya anda boleh sesekali memberikan idea dan buah fikiran untuk dimuatkan dalam tulisan blognya.

Ada Ciri Humor
-Wanita yang mampu membuat lelaki tersenyum waktu-waktu tertekan dan dilanda masalah ibarat penyeri yang tiada bandingannya.Lelaki ternyata senang dengan wanita yang bijak berjenaka dan happy go lucky.Sifat riang yang ada membuat lelaki rasa aman dan tenang berada di samping wanita.Namun bukanlah maknanya anda harus berjenaka dan ketawa sepanjang masa hingga ternampak mengada-ngada.Bijaklah memahami situasi bila anda harus membuat lawak mengambil hatinya dan bila masanya anda perlu sedikit serius dalam menanggapi sesuatu hal.

6 Tanda Si Dia Serius Sukakan Anda

Bila ada seseorang yang rapat dan akrab dengan anda,pastinya anda akan tertanya-tanya,apakah si dia benar-benar menyukai anda?Maklumlah..takut juga kan kalau hanya diri yang beria-ia,bertepuk sebelah tangan.Jika sudah terlanjur menganggap si dia serius sedangkan kenyataan sebaliknya,nanti diri sendiri juga yang kecewa.

Lalu bagaimana agaknya cara mengetahui apakah si dia itu memang serius?
Apakata anda cuba teliti 6 tanda yang boleh membuktikan bahawa besar kemungkinan si dia benar-benar sukakan anda seperti yang dipaparkan dibawah ini.

1)Tak Lupa Menelefon Tiapkali Ada Kesempatan
Asal saja ada kesempatan,si dia pasti akan menelefon anda bertanya khabar dan lain-lain.Kerana menyukai anda,si dia tidak pernah bosan menghubungi untuk berbicara dan mendengar suara anda sekerap mungkin.

2)Ingat Apa Yang Anda Katakan
Si dia selalunya mudah mengingati apa saja yang pernah anda katakan,walaupun ia sekadar hal yang kecil.Malah dia tahu dan ingat apa yang menjadi kegemaran atau pun kebencian anda.Misalnya buku kegemaran anda,lagu favorite,makanan kesukaan dan lain-lain.Inilah tandanya si dia memang mahu memberikan perhatian lebih disebabkan perasaan suka dan sayang yang ada dalam dirinya.

3)Sentiasa Ada Alasan Untuk Bersentuhan
Orang yang menyukai seseorang pasti akan sentiasa berusaha untuk seakrab mungkin dan sering bersentuhan dengan orang yang disukai demi untuk membina ikatan secara emosional sebelum meluahkan cinta.Jika si dia tak lupa meraih tangan anda tiapkali melintas jalan,memimpin anda tiapkali menaiki tangga atau pun sentiasa ingin duduk berdekatan,memang jelas si dia sedang berusaha untuk lebih rapat dengan anda. <br />

4)Sering Ingin Menatap Wajah Anda
Si dia pasti tidak terlepas dari memandang dan menatap wajah anda samada saat berdekatan atau tidak.Bila bersama,si dia sering ingin duduk berhadapan agar dapat sepuas mungkin menatap wajah orang yang disukainya.

5)Memberikan Perhatian Pada Akaun Social Media Anda
Jika anda telah terhubung dengan si dia di akaun Facebook,Twitterdan lain-lain,pastinya anda dapat mengetahui perasaannya pada anda.Sekiranya si dia tak lupa memberikan komen,menekan butang like tiapkali anda update status,itu bermakna si dia memberikan perhatian lebih dan seboleh mungkin mahu berkomunikasi dan berhubung dengan anda sekerap yang dapat.

6)Tidak Malu Mengenalkan Anda Pada Kawan-Kawan Dan Keluarga
Si dia tidak pernah malu dan sering mengajak anda bersama bila keluar bertemu kawan-kawannya.Dia juga sudi mengenalkan anda pada ahli keluarga mahupun saudara-maranya.Itu tanda si dia merasakan anda telah menjadi sebahagian dari diri dan hidupnya.Oleh itu dia tidak malu berkongsi apa saja yang baik dan membahagiakan dengan anda.


14 FAKTA TENTANG SENYUM

14 FAKTA TENTANG SENYUM DARI SUDUT KESIHATAN

1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

2. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

3. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.

6. “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

9. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

10. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.

11. Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

12. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.

13. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.

14. Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).


15 April 2013- Have a break, Have a Kit Kat

Assalamualaikum kawan-kawan.. selalu nya kamu kamu semua makan kit kat wane coklat dengan wraping dia warna merah kan??.. hari nie aku dapat Kit Kat warna hijau.. wraping dia pun warna hijau... awesome guys.. coklat yg balut biskut tue coklat putih yg di campur green tea.. orang cakap lah... bukanaku yang cakap... aku makan memang ada rasa coklat putih.. nyum nyum...

Mug Kitkat tue aku yang punya.. wahahahaa.. =P

Yang sebenar nya aku bukan hendak cerita sal kitkat je... ukay... Pada suatu pagi yang hening bening.. angin sepoi-sepoi bahasa meniup baju coklat polkadot beso hitam aku... cewah cewah... sampai pun office... kul 9.15 pg aku sampai office.. lewat kn... aku bangun kul 8... isk isk... *sambil geleng kepala.. 

Sedang aku tukar ink Hp printer laser...lorrr... datang lah Bini bos... comel.. bos pun comel..dua2 comel... bos cm doraemon... hehehehee... marah nanti kalau dia baca... ukay.. aku bukan nk cerita sal mereka..

Bini bos cakap.. ade berita gembira... k.. aku buat lah muka gembira aku.. ^_____^ padahal aku dah tahu hal tue.. hahaha... aku dapat 2 berita gembira... 1 nya.. aku dapat pergi Pulau Langkawi.. ikot company trip... lagi satu aku dapat kenaikkan gaji rm100... ukay lah tue kan dari tak dapat pape... 

Dapat pergi Langkawi...!! yey!!... dah lama sangat2 aku nak pergi Langkawi... baru sekarang aku dapat pergi... fully Compony tau... jangan jeless... 

Have a break... ^_^

-SakuraAriela-


11 April 2013- Penjagaan Kaktus


Assalamualaikum kawan-kawan blogger aku... hari nie aku nk kongsi mengenai kaktus...

Tumbuhan gurun mudah hidup dan tahan!

KAKTUS sering dikaitkan dengan tumbuhan gurun kerana ia memang berasal dari kawasan berkenaan, namun, pokok tahan lasak ini juga boleh menjadi hiasan menarik untuk laman anda.

Malah, bagi mereka yang sibuk serta tiada masa untuk menyiram atau menjaga pokok di laman, disyorkan beralih kepada kaktus kerana tumbuhan ini boleh hidup dengan kadar air yang sedikit.

Rupa unik kaktus dalam pelbagai bentuk pastinya memikat sesiapa saja yang berkunjung kediaman anda tambahan pula pokok ini boleh menjadi penghias laman dan dalaman rumah.

Bagaimana membina laman kaktus? Penyelia landskap Yew Garden Sungai Buloh, Chong Yong Jong memberikan beberapa tip untuk membina laman yang dihiasi kaktus.

Katanya, oleh kerana, kaktus mudah hidup dan tahan lasak, maka selain tanah, kaktus juga sesuai untuk ditanam menggunakan pasir bercampur sedikit tanah.

Kombinasi penggunaan campuran tanah, bahan organik, pasir dan batu kecil perlu disediakan manakala siraman menggunakan teknik semburan disyorkan hanya sekali seminggu.

“Selain ditanam terus di atas tanah, kaktus juga boleh ditanam dalam pasu untuk hiasan dalam dan luar rumah bergantung kepada pilihan masing-masing. Perlu diketahui kaktus memerlukan cahaya matahari secara langsung dan mencukupi untuk proses tumbesaran yang lebih baik,” katanya.

Kurangkan air pada pokok kaktus tanaman atau seelok-eloknya kadar penyiraman dilakukan hanya sekali seminggu bagi menyediakan ruang aliran air pada tanah dan lebihan air akan menyebabkan akar kaktus cepat reput selain menyebabkan kaktus cepat mati.

Pokok ini juga boleh ditanam menggunakan tanah campuran atau campuran kompos, tanah pasir dan batu kecil atau pecahan kecil batu daripada tanah liat.

Penggunaan tanah liat boleh menyebabkan pengekalan air yang berlarutan sehingga menyebabkan akarnya menjadi reput manakala batangnya menjadi lembut dan akhirnya busuk.

Baja yang disyorkan untuk menggalakkan pertumbuhan akar dan duri yang sihat ialah Ferti III yang mempunyai campuran nitrogen sebanyak sembilan peratus, phosporus (3 peratus), potassium (8 peratus) dan lain-lain keperluan sampingan kaktus seperti Micronutrients Boron, Iron, Magnesium, Maylodenum Sulfur, Klorin dan Copper.

Bagi menggalakkan bunga pula, kaktus memerlukan campuran tiga peratus nitrogen, enam peratus phosporus, 12 peratus potasium, boron, cobalt, copper, iron, magnesium, molybdenum dan zink.

Bagaimanapun, sesetengah pengeluar baja turut membekalkan bahan solikon bagi pertumbuhan bunga.

Semua semburan baja ini mesti dilakukan hanya sekali untuk tempoh dua minggu. Kekerapan membaja juga boleh memusnahkan kecantikan kaktus terutama daripada jenis berdaun lembut.

Fakta

# Dianggarkan 2,000 spesies kaktus di merata dunia. Antaranya, Agaves, Aloes, Opuntia, Yucca, Euphorbias dan Sansevieria.

# Kaktus dari spesies tunggal - Carnegiea Gigantea adalah pokok besar yang hanya sesuai ditanam di laman rumah serta boleh hidup sehingga 150 tahun.

# Pokok kaktus tinggi ialah jenis Cephalocereus iaitu 15.2 meter bagi tempoh matang dalam jangkau usia 200 tahun. Batangnya sentiasa mengeluarkan bulu seperti kapas dan hanya berbunga selepas 20 tahun ditanam.

# Mereka yang meminati teknik penanaman kaktus menggunakan pasu gantung disyorkan memilih keluarga Aporocatus dari spesies Conzatianum, Flagriformis (dengan batang halus berjuntai dan bunga berwarna merah jambu) dan Flagellifrnis dengan jambakan pokok memenuhi ruangan pasu.

# Pilihlah pasu yang mempunyai lubang di bawahnya bagi membolehkan laluan udara bagi menyuburkan proses akar pokok itu.

# Rupa bentuk kaktus dapat menahan cahaya matahari dan juga mengurangkan pemeluwapan.

# Pokok kaktus boleh menyimpan banyak air pada daun, pangkal dan akar bagi membolehkan ia hidup di kawasan kering dan padang pasir.

# Pokok kaktus akan menyerap air sebanyak mungkin supaya ia boleh hidup semasa musim kering. Duri yang tajam pada kaktus menghalang haiwan memakannya selain menghalang tiupan angin kuat terhadap pokok itu sekali gus mengurangkan penyejatan air dalam pokok itu.

# Selain itu, duri pada pokok kaktus turut berperanan membenarkan lembapan pada waktu malam berkumpul pada hujungnya dan kemudian air ini akan jatuh bagi membolehkan akar pokok itu menyerap air berkenaan.



Ini lah pokok kaktus aku... semasa kaktus nie ada kat rumah... kecut dan tidak bermaya.. hehee..
tetapi apabila aku pindah kan mereka kat tempat kerja aku.. orrr... gebu n hijau..

Beli kat Cameron lah kata kan... Demand kaktus nie.. =.='

-SakuraAriela-

14 Tips Menjadi Blogger Masyhur/Terkenal Seperti Hanis Zalikha

Assalamualaikum kawan blogger saya... Ok hari ni aku ingin berkongsi apa yang aku baca mengenai blog.. aku tahu mungkin ada kebanyakkan blogger sudah tahu mengenai info ini....
korang sume mesti kenal dengan Hanis Zalikha kn??.. tak kenal??

nah nie gambar dia.. 

Dia artis yang menjadi popular menerusi blog... Hanis Zalikha

1. Perihal alamat surat-menyurat.Alamat belog haruslah sesuatu yang amat senang diingat dan difahamitetapi unik/catchy. Dan anda juga harus senang sebut in order to promote your blog. Kalau boleh guna word typical yang orang tak perlu tanya "Eh macam mana nak eja?". Tak kiralah kalau itu adalah nama panggilan masa kecil atau nama anda di chatroom@15, tetapi kalau ianya menyusahkan untuk dieja dan diingat, IA SANGAT TIDAK SESUAI UNTUK DIJADIKAN ALAMAT BELOG. Contoh: www.zejendulhotstuffxz.blogspot.com
OKAY CUBA HAFAL SEKARANG. OKAY DAH FAIL. NEXT.

2. Tajuk belog hebat.Tajuk belog haruslah sesuatu yang menarik perhatianorang, bagi menyinarkan belog anda ketika berada selari dengan belog-belog lain di dalam senarai belog seseorang. Seperti tajuk belog saya ialah 'Hanis Zalikha'. Adalah sangat annoying kepada orang-orang yang tidak mengenali saya untuk melihat link saya berada di mana-mana. SIAPA HANIS ZALIKHA NI DOH ASAL SEMUA ORANG NAK LINK DIA *click belog Hanis Zalikha untuk mengetahui lebih lanjut*. Ha macam itulah contohnya, ngerti? Cuba kalau saya letak The Diary Of My Life atau My Lifez Dairy (tenusu) atau My Little Footsteps atau Hanis's Own World/Mind, ada mahu click? JUJUR LAH WEH.

3. Tajuk entri mengancamIni seperti tidak perlu diberitahu lagi (common sense), tapi takpelah, beritahu juga. Tajuk entri sangat, malah paling penting, lagi-lagi kini, blog list disertakan sekali dengan option mempamerkan tajuk entri, maka di sinilah peluang anda untuk menonjolkan kehebatan entri anda, dimulai dengan tajuk yang hebat. Tahukah anda, hanya dengan tajuk entri "Nabil Raja Lawak Tidak Berbaju", trafik saya naik kepada 15%?

4. Isi entri setimpal.ISI ENTRI BIAR SETIMPAL DENGAN TAJUK. JANGAN GEDIK BAGI TAJUK 14 TIPS MENJADI BLOGGER BERJAYA YANG ANDA MUNGKIN TERLEPAS PANDANG LEPAS TUH RUPANYA CERITA PASAL HARI INI NAK PERGI BELI J.CO DONUT. Atau tajuk Model Juga Tidak Memerlukan Ijazah rupanya cerita pasal peluh petani. Tsk T_T

5. Perkara yang harus dielakkan.Elakkan mengeja perkataan dengan ejaan pasar seperti MACHAM DAN PUNYE DAN CAKAB DAN DAN, OKAY DAH. Elak juga mengeja denganshort form seperti saya dieja sebagai sy, aku dieja sebagai ak, engkau dieja sebagai kau, eh itu takpe. Kenapa harus elak? Kerana tiada siapa cari bahan di Search Engine dengan menggunakan short form. Ingat, isi-isi dalam blog anda mungkin akan timbul di carian jika perkataan yang dicari terdapat dalam entri anda. Contohnya, I nak search lirik lagu Aku Cinta Padamu, takkan lah nak taip "Lirik Ak Cinta Pdmu".

6.Lirik lagu.Peluang untuk blog anda timbul dalam carian cerah adalah bila anda meletaklirik lagu terbaru. Ingat lagi dulu, di blog lamaku (HANIS DULU ADA BLOG?! Ya. Waktu muda-muda dulu), lirik lagu My Heart telah dipamerkan selesainya menonton cerita Heart. Berjayalah tambah pembaca, dalam 2 orang (mari gelak). Selain lirik lagu, alternatif lain adalah resepi kek cawan dan guitar chords lagu-lagu rock kapak.

7. Kosa kata yang luas.Rasanya ini boleh fikir sendiri kenapa ianya penting. Ingat: Search Engine.

8. Perihal gambar.Adalah sangat malang sekiranya gambar yang blur juga anda mahu letak. Ini adalah major turn off. Jangan risau, saya sendiri pernah melalui fasa ini ketika Digital Camera rosak, dan Cellphone ku hanyalah 1.3 megapixel, sumpah pathetic kejap belog ini.

9. Perihal gambar 2.Lumrah manusia sukakan benda cantik. Jadi carilah background yang cantik-cantik untuk anda bergambar. Rasanya, adalah tidak perlu untuk memaparkan betapa tidak putihnya cadar katil anda yang putih. Cari lighting yang cantik dan have the effort to look good on camera, tak kira kau cantik goddess mana, mungkin tidak patut jika gambar muka baru bangun tidur, bertahi mata dipampangkan. Anda nampak malas dan apakah motif gambar tersebut sebenarnya, again? (Unless nak tunjuk gambar sebelum selepas mekap/pembedahan/slimming, ini dikecualikan, tapi kalau nak kata good morning world atau nak tunjuk teddy bear boyfriend baru bagi siap letak sebelah muka, harap hindari). Tapi ke tahap mengphotoshop kulit, hidung, bulu mata, adalah agak over dan tidak jujur ya.




10. Tema.Tema belog adalah berbeza mengikut citarasa, tapi apa yang penting (BUKAN KERJASAMA, TAK HABIS-HABIS BENDA NIH MUAK KAU PAHAM TAK), jangan menyakitkan mata pembaca dengan font berwarna neon denganbackground YANG NEON JUGA. Ini juga common sense, tetapi selalu terlepas pandang. Simple but nice, cliche but true.

11. Pendapatan(wang,duit,ringgit) dari blog.Untuk menjana pendapatan dari blog, sila daftarkan diri dengan Nuffnang di www.nuffnang.com.my, dan jikalau trafik anda memberangsangkan, anda sudah boleh mula diberi advertorial iaitu membuat product reviews dan dijemput ke produk launch etc!

12. Carutan dan kutukan.Semua orang ada pendapat masing-masing, tapi cara anda menyampaikan mesej kepada pembaca itulah yang penting. Sebagai pengiklan, mahukah anda mengiklankan produk anda di sebuah blog yang penuh dengan benda-benda negatif, kutukan, dan carutan? Jangan buang masa dengan bahan sebegini lagi wahai pembacaku, buka minda anda dan tingkatkan pendapatan dengan belog anda sekarang! Pengiklan juga jarang memberi perhatian kepada anonymous blogger, no matter how famous you your blog is, please take note.

13. Psikologi minda.Sebelum terlupa, adalah sangat penting anda menganalisa minda pembaca/pengguna internet. Contohnya, yang mana anda lebih cenderung untuk klik, www.hansisaac.com atau www.hansisaac.blogspot.com ? Perkataan ".blogspot", sedar atau tidak, adalah satu perkataan yang sangat berpengaruh dalam dunia IT. Kenapa? Lagi sekali, lumrah manusia, suka sangat tahu perihal hidup orang lain. Kalau '.com' biasanya website rasmi di mana hanya akan muncul profil lengkap atau online portfolio Hans Isaac, tetapi apabila wujud perkataan blogspot, sah-sah ditulis sendiri (first hand) pengalaman hidup/diari seharian etc. Bila anda nampak perkataan '.blogspot.com', sure anda mahu cekidaud. Betul? Eh macam tak sesuai je guna Hans Isaac sebagai contoh, sebab rasanya, ada blogspot ke takde, pasti klik juga :BOkay tak kisahlah, saja nak bincangkan pengaruh perkataan tersebut. Unless anda sudah ada steady traffic, bolehlah beralih kepada '.com'. TERIMAKASIH KEPADA PENCIPTA www.haniszalikha.com, JASA ANDA AMAT DIHARGAI :)

14. Variasi topik.
JANGAN MEMBORINGKAN ORANG RAMAI EVEN KAWAN-KAWAN SENDIRI DENGAN PERKARA YANG SAMA SAHAJA. INGAT VARIASI! VARIASI! VARIASI! Contoh topik/tajuk: Perkara menarik di website kegemaran saya, kemudian lusa pula: Jejaka idaman saya yang nescaya saya takkan dapat dalam kehidupan sebenar (kemudian senaraikan berserta gambar), dua hari selepas lusa: Surah-surah yang boleh diamalkan untuk mendapat anak sehensem Nabi Yusuf, insyallah. Tajuk-tajuk menarik sebegini bolehlah diselangi dengan catatan aktiviti seharian anda :)