Sentiasa menarik hati dan dipandang hebat oleh lelaki pujaan pastinya akan membuat diri wanita tambah disayangi dan makin dicintai.
Untuk menjadi wanita hebat bagi lelaki sebenarnya tidaklah sulit.Ada beberapa sikap yang perlu ada pada seseorang wanita seperti apa yang disenaraikan dibawah ini..
Berpengetahuan Luas
-Wanita yang bijak dan berpengetahuan luas memang mendapat tempat istimewa di hati lelaki.Kelebihan ini buat wanita dikagumi dan dihargai.Malah lelaki memang senang berdampingan dengan wanita sebegini kerana mampu dibawa berbicara dan berbincang bermacam-macam hal.Mengambil tahu hal-hal semasa ada faedahnya kerana ia akan menambahkan lagi bahan atau topik yang boleh anda bicarakan dengan si dia.Pastinya masa bersamanya akan lebih menyeronokkan dengan berbagai perkara yang boleh dijadikan bahan perbualan.
Pandai Menjaga Tubuh
-Rata-rata lelaki memang mengimpikan wanita yang memiliki wajah menarik dan bentuk badan ideal.Sememangnya ada semacam perasaan bangga bila seorang lelaki mampu berdampingan dengan wanita yang mencuri pandangan orang walau dimana berada.Jadi seharusnyalah anda bijak menjaga bentuk badan dengan bersenam dan menjaga pola pemakanan agar mampu sentiasa tampil segar dan menarik.
Pandai Memasak
-Walaupun hidup di zaman yang serba maju,wanita kini berkerjaya tinggi,kebolehan memasak bagi wanita memang menjadi kriteria utama dianggap hebat oleh lelaki.Ada pepatah mengatakan,'ingin mengisi cinta dihati lelaki,isilah perutnya dengan makanan lazat dari tangan sendiri'.Jika tidak pandai memasak,cubalah belajar serba sedikit.Tidak semestinya perlu jadi seperti chef-chef terkenal,tetapi sekurang-kurangnya anda tidak tersingkir dari kepakaran kaum wanita yang satu ini.
Memiliki Minat Tertentu
-Wanita yang memiliki minat tertentu yang tekun dilaksanakan misalnya bergiat aktif dalam olahraga,persatuan dan lain-lain adalah wanita yang dianggap tahu menyenangkan diri sendiri dan bijak mengekspresikan dirinya.Memanglah menghabiskan masa bersama si dia baik untuk hubungan anda,tetapi masa senang untuk diri anda sendiri juga perlu diuntukkan.Lakukanlah apa saja kegiatan yang anda gemari,pasti si dia akan menyokong asalkan ianya berfaedah buat anda.
Menyokong Minat Lelaki
-Wanita yang boleh menerima minat dan kegiatan yang dilakukan lelaki memang disukai.Lelaki akan merasa bersemangat dan dihargai andai wanita yang disayangi mampu menyokong apa yang dilakukannya.Misalnya jika teman lelaki minat berblogging,tunjukkanlah sokongan.Misalnya anda boleh sesekali memberikan idea dan buah fikiran untuk dimuatkan dalam tulisan blognya.
Ada Ciri Humor
-Wanita yang mampu membuat lelaki tersenyum waktu-waktu tertekan dan dilanda masalah ibarat penyeri yang tiada bandingannya.Lelaki ternyata senang dengan wanita yang bijak berjenaka dan happy go lucky.Sifat riang yang ada membuat lelaki rasa aman dan tenang berada di samping wanita.Namun bukanlah maknanya anda harus berjenaka dan ketawa sepanjang masa hingga ternampak mengada-ngada.Bijaklah memahami situasi bila anda harus membuat lawak mengambil hatinya dan bila masanya anda perlu sedikit serius dalam menanggapi sesuatu hal.

No comments:
Post a Comment