8 Tips kecewa untuk bangkit semula



Beberapa tips buat anda yang sedang kecewa untuk bangkit semula.

1. Jangan berdendam
Jangan berdendam pada si dia. Lepaskan dia pergi dengan seikhlasanya supaya hati kamu tenang dan tak sakit.

2. Bertenang dan Doa 
Doa banyak-banyak dan mengadulah kepada Allah agar diberi petunjuk dan ketenangan menghadapi ujian dariNya ini.

3. Buang Kenangan
Buanglah barang-barang pemberiannya kerana jika kerap dipandang akan lebih menyakitkan hati dan lebih buat dirimu merana.

4. Mulakan Hidup Baru
Buka lembaran baru. Buka buku baru dan cipta sejarah baru. Tinggalkan kenangan lama dan menyakitkan dan percaya bahawa Allah akan memberi jodoh yang baik sesuai dengan dirimu.

5. Dia Bukan Yang Terbaik
Dia sangat baik dan kamu sayaangkan dia. Tapi dia bukan terbaik untuk kamu. Jika dia terbaik pasti dia tak akan tinggalkan kamu. Pasti dia tidak curang dan pasti dia tidak mencipta 1001 alasan untuk menjauh darimu.

6. Perbaiki Kelemahan-
Kadangkala perpisahan adalah satu ujian yang Allah beri untuk kita kaji semula kelemahan yang ada pada diri kita. Mungkin dulu kita banyak sangat kelemahan dan itulah penyebab dia menjauh. Belum terlambat untuk berubah menjadi yang lebih baik…siap tahu si dia kembali kepada kita lagi?

7. Doakan Dia-
Doakan kebahagiaan dia. Jangan dengki atau mencipta angkara untuk merosakkan cinta baru dia dengan insan baru. Perkara yang lepas jangan dikenang

8. Mendongak Ke Langit
Lihatlah ke langit dan lihat lah dunia ini sangat luas. Jangan dengan sedikit luka dan duka sudah membuat kita mengurung diri dan tenggelam dalam kecewa. Allah beri kita harapan dan peluang untuk terus merasa bahagia di hari mendatang.

-SakuraAriela-

No comments:

Post a Comment