22 Oct 2012- Asas fotografi ( apa yang anda perlu tahu)


Pernahkah anda terfikir apakah faktor sebenarnya yang menjadikan fotografi berfungsi dengan sempurna? Tutorial ini akan memberi serba sedikit penjelasan kepada anda bagaimana cara bekerja dengan sebuah kamera. Artikel ini akan memperkenalkan kepada anda serba sedikit asas bidang fotografi dan bagaimana cara terbaik mengambil gambar yang menawan.
Untuk mengambil gambar, anda tidak memerlukan kamera yang berjenama, mahal, terkini dan peralatan sampingan yang serba lengkap. Apa yang paling penting adalah jurugambar perlu mempunyai kemampuan untuk melihat suasana persekitaran dan kecekapan menggunakan pengetahuan dan juga naluri terhadap sesuatu yang menjadi subjek.

Pengenalan Asas Fotografi

Perkataan ‘Photography’ berasal daripada bahasa Peranchis dan berakar umbi daripada bahasa Greek, secara literalnya bermaksud“drawing with light”. Jadi tidak syak lagi pencahayaan memainkan peranan yang paling penting dalam fotografi, tanpa cahaya maka tidak wujudlah fotografi. Seni fotografi secara asasnya adalah melihat dan menyeimbangkan pencahayaan.
Illustrasi di sebelah menunjukkan pergerakan cahaya yang bergerak daripada suatu objek / sumber cahaya kepada ‘sensor‘(atau filem bagi kamera bukan digital).
Pertama sekali cahaya perlu melalui lens, yang merupakan kaca yang bersiri dan mempunyai bentuk yang berlainan. Jika fokus adalah tepat dan betul maka cahaya akan jatuh di permukaan ‘sensor’.
Aperture’ diletakkan di antara ‘lens‘ dan ‘shutter‘ dan secara asasnya adalah suatu bukaan yang mengawal jumlah cahaya yang akan jatuh ke permukaan ‘sensor’.
Dalam kebanyakan kamera pada masa kini, ‘shutter‘ telah diletakkan di dalam badan kamera itu sendiri. Alat mekanikal ini adalah alatan yang mengawal berapa lama suatu ‘sensor‘ itu terdedah kepada cahaya.
Sensor‘ adalah ‘plate‘ yang sangat sensitif dan berfungsi untuk menyerap cahaya dan mengubahnya menjadi ‘pixels‘.  Seperti yang anda lihat sperti illustrasi di sebelah, imej yang jatuh di atas ‘sensor‘ sebenarnya terbalik (upside down), seperti juga mata kita menghasilkan imej terbalik.

Aperture

Aperture‘ yang terletak di dalam ‘lens‘ mengawal jumlah cahaya yang melepasi  ‘lens‘ dan seterusnya ke atas ‘sensor‘. Bukaan ‘aperture‘ yang besar akan membenarkan jumlah cahaya yang banyak melepasinya dan begitulah juga sebaliknya. Memahami peranan dan fungsi ‘aperture‘ akan memberi kesan hasil gambar yang diambil dan merupakan sistem yang paling utama dalam bidang fotorafi. Ia akan memberi kesan kepada“amount of light, depth of field, lens speed, sharpness dan vignetting”.

f-numbers

Nombor-nombor pada f (f-numbers), merupakan urutan siri nombor yang menunjukkan diameter bukaan pada ‘aperture‘. Merupakan perkara penting yang perlu difahami bagaimana ‘aperture‘ dan suatu bukaan (exposure) itu bekerja. Kesemua nombar pada f merupakan sistem nombor yang lazim seperti ƒ/5.6 yang menunjukkan ‘f-number‘ dengan kadar 5.6. Ada terdapat beberapa set nombor bagi ‘f-numbers‘ yang digunakan dalam bidang fotografi dengan skala yang berbeza-beza tetapi skala nombor bagi ‘f-number‘ yang biasa atau lebih dikenali sebagai “standard full-stop number” adalah;
ƒ/# 1.4 2 2.8 4 5.6 8 11 16 22 32
Ini dikenali sebagai “full-stop f-numbers“. Sekiranya anda mengurangkan ‘f-number‘ dengan satu ‘full-stop‘ seperti f/4 kepada f/2.8, maka jumlah cahaya yang melepasinya akan bertambah dua kali ganda. Tetapi sekiranya anda meningkatkan ‘f-number‘ dengan satu ‘full-stop‘ seperti f/5.6 kepada f/8 maka hanya separuh sahaja cahaya akan jatuh kepada ‘sensor‘.
Terdapat pelbagai ‘f-numbers‘ di antara nombor-nombor yang dinyatakan di atas bergantung kepada skala yang digunakan. Skala 1/3 adalah paling biasa digunakan yang bermakna setiap tiga langkah terdapat ‘full-stop‘, oleh yang demikian memberikan anda dua ‘setting‘ di antara setiap ‘full-stop’. Sebagai contoh di antaraf/8 dan f/11 anda akan menjumpai f/9 dan f/10. Pening bukan? Ini agak mengelirukan jadi sebagai kesimpulan adalah;
f-number dengan nombor tinggi = bukaan lebih kecil (smaller aperture) = kurang cahaya
f-number dengan nombor rendah = bukaan lebih besar (larger aperture) = lebih cahaya

Shutter

‘Shutter’ merupakan suatu alat yang mengawal jangkamasa ‘sensor‘ terdedah kepada cahaya. Lebih lama bukaan ‘shutter‘ maka lebih banyaklah cahaya yang ditangkap oleh ‘sensor‘. Gambar foto dengan ‘speed shutter’ yang pantas akan memegunkan objek yang diambil manakala ‘shutter’ dengan ‘speed‘ yang perlahan akan menangkap imej bersekali dengan ‘motion‘ bagi suatu objek yang bergerak.
Ini merupakan skala yang terdapat pada kelajuan ‘shutter‘ sama juga seperti ‘aperture‘;
1/1000 s 1/500 s 1/250 s 1/125 s 1/60 s 1/30 s 1/15 s 1/8 s 1/4 s 1/2 s 1 s
Kebiasaannya kelajuan ‘shutter‘ seringkali pada skala 1/3 memberikan anda dua langkah di antara setiap ‘full-stop‘. Contohnya 1/60s dan 1/125s dan anda akan menjumpai 1/80s dan 1/100s.
Dua perkara utama yang mengawal dedahan cahaya (exposure) adalah kelajuan ‘shutter‘ dan juga ‘aperture‘.

ISO

Kelajuan ISO (International Organization for Standardization) merupakan ukuran ‘standard‘ bagi ‘film speed‘ atau kepekaan (‘sensitivity‘) kepada cahaya. Dengan kamera digital, ISO akan memberi kesan kepada ‘sensor‘ bukannya filem, tetapi asasnya adalah sama. ISO kelajuan rendah memerlukan ‘exposure‘  yang lebih panjang dan ia merujuk kepada ‘exposure‘ rendah. Manakala ISO kelajuan tinggi memerlukan masa yang singkat untuk kadar ‘exposure’ yang sama dan maka ia dirujuk sebagai ‘exposure‘ laju. Satu ‘step‘ dalam ISO adalah bersamaan dengan ‘one full-stop‘ maka ISO bukan pada skala 1/3 – filem yang boleh dijumpai dengan bacaan ‘1/3 ISO SPEED‘ (tidak terdapat dalam fotografi digital). Di bawah adalah ‘ISO Speed‘ yang lazim dijumpai;
ISO 50 100 200 400 800 1600 3200
Pada filem 35mm, filem dengan ‘ISO SPEED‘ yang tinggi akan menjadikan gambar berbutir-butir (grain) berbanding dengan yang rendah. Tetapi ‘sensors‘ moden tidak menghasilkan ‘grain‘ dengan ‘ISO SPEED’ yang tinggi. Sebaliknya menghasilkan apa yang dipanggil ‘noise’. ‘Noise‘ yang dihasilkan pada gambar digital bukanlah sesuatu yang digemari berbanding ‘grain‘ yang dihasilkan pada gambar filem. Ia akan mencacatkan foto yang dihasilkan sekiranya ‘grain‘ tersebut jelas kelihatan.
Jika tidak ada masalah dengan pencahayaan, perlu diingati gunakan ISO dengan nombor yang rendah tetapi untuk mengambil gambar ‘indoors‘ dengan kurang pencahayaan, dan mendapati bahawa kombinasi penggunaan ‘aperture‘ dan ‘shutter‘ tidak membantu maka memilih ‘ISO SPEED‘ yang betul sekurang-kurangnya dapat membantu.
Saya akan menulis lagi artikel berkaitan dengan fotografi di masa akan datang. Sekiranya terdapat kesilapan dalam penulisan sya dan anda pula mempunyai pandangan atau pendapat yang lebih baik lagi, tuliskan pandangan anda tersebut di ruangan komentar di bawah supaya dapat dikongsikan bersama.
#Info untuk dikongsi bersama..

No comments:

Post a Comment